I Am ME

I Am ME

Wednesday, 12 December 2012

Don't Give Up!
Bismillahirrahmanirrahim.....

Hmmm....nak bebel pasal apa ek? Actually not exactly membebel tapi nak menyedapkan perasaan sendiri sahaja. Well, sesetengah benda tak dapat nak diluahkan kat orang sekeliling walaupun to close friends. Ada beberapa perangai 'hodoh' aku yang susah aku nak buang walaupun dah puas cuba utk tangani. Salah satunya, suka sangat nak pikir terlampau jauh sampai selalu bad mood. Bak kata omputih: I think too much and then put myself in a BAD MOOD.

Last week, mood aku paling hampeh. Since November takdelah sehampeh ni. Alahai, nak wat camne...sampai hilang selera makan. Ntah apa ntah ler yang aku pikir sampai macam tu skali ler jadiknya.

Hari ni lak, tiba-tiba cloudy dah jadi sunny day lak. Rasa better tapi still selera tak capai piawaian sepatutnya. Baru dapat mood yang sepatutnya utk sambung kerja yg terbengkalai dengan semangat yang berbaki ni. Maklumlah, nak dapat boss dah by Jan-13 nnt. Haishhh...tak sabar pun ada. Harap kurang bebanan tanggungjawab jaga department ni. Sekurang-kurangnya tidur pun takde lah sampai dpt nightmare nampak muka AT! Phewww...

Apa-apapun, ada gak gabra bila pikir acting allowance yang secoet tu nak kena tarik balik. Walaupun sikit, dah terbiasa almost 2 years duk ada yg secoet tu, terasa jugak....hehehe. Tapi rezeki itu ada di mana2. Yang berkat dan halal akan sentiasa cukup. Berharap dan berserah pada Dia.

Ok, itu je utk kali ni. Next, teruskan buat report ler...apa lagi!! Tadddaaaa....

1 comment: