I Am ME

I Am ME
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Puisi Untuk Aku #1

Kenapa masih berbunga harap
Sedang akarnya sudah lama direntap
Tapak sudah tinggal tanpa jejak
Udara keliling pun sudah hapak

Kenapa kau biar diri jadi gagak
Padahal kau helang terbang tegak
Bangkit diri, langkah tegap-tegap
Takdir itu sudah terpasak

Lepas duka, pergi jauh
Senyum cinta, jgn mengeluh
Belum tahu jln ini brp jauh
Kejar yang pasti, walau bermandi peluh

Saturday, 25 October 2014

Puisi Untukmu #2

Setiap langkah kuderap
Seribu kenanganmu menghambat
Senyummu yg menjerat
Membunuhku setiap saat

Bertatih aku mencari kuat
Untuk kulangkah di hari hadap
Walau tempang tetap kucuba tegak
Walau jerih tetapku senyum kelat

-SY-

Puisi untukmu #1

Selalu kupesan
Jgn sakiti aku
Masih lagi kau robek remuk
Sampai hati mu

Selalu aku ulang
Berkata benar walau sukar kutelan
Masih lagi kau cerita wayang
Walau nampak terang
Sampai hatimu

Selalu aku tersungkur
Dalam pencarian yg kabur
Berharap biar ia terkubur
Bersama hati yg lebur

-aku-

Friday, 8 March 2013

MAAF...

Maaf,
Aku bukan nur itu,
Aku bukan wangian itu,
Aku bukan hiasan itu...

Maaf,
Indah warna itu bukan aku,
Gemerlap permata itu bukan dari mataku,
Derai hilai itu bukan dari damai hatiku...

Maaf,
Harus aku tukar hala ke kelam sana,
Kerana kaca di sana itu aku,
Hamis menusuk itu peraduanku,
Darah dan nanah itu sambungan nyawaku...

Maaf,
Untuk segalanya,
Langkahku akan terus ke sana,
Maaf untuk segalanya.

The Nest, all i have

TITIK.

Thursday, 17 January 2013

Benarlah begitu...

Hmmm...menyampah pulak bila ada org yg asyik duk dabik dada sendiri dan asyik menjatuhkan air muka org yg lebih rendah daripada mereka. Tak perlulah buat begitu kalau hebat sgt sekalipun anda!

Takut2 satu hari nanti, yg dijatuhkan air muka itulah satu2nya org yg menolong kita masa kita pula dijatuhkan!

Wallahu 'alam.

Friday, 23 March 2012

Jangan bersedih, Dia ada untuk kita

Benar dan tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Jangan bersedih dan laluilah hidup ini seadanya.

Tiada siapa yang dapat membantu melainkan Dia. Dialah segalanya… Dia menerima setiap baik dan burukku. Setiap kelemahanku, setiap pincang langkahku. Dia tak pernah mengecewakanku tapi aku selalu mengecewakan Dia.

Aku selalu lupakan Dia saat kutertawa. Aku hanya datang padaNya disaat aku hampa dan kecewa. Dia tetap menerima aku, tak pernah jemu memaafkan aku.

Dia tak pernah memungkiri janjiNya. Dia selalu ada untukku…maka hati ini kuhambakan kepadaMu wahai Tuhanku.

يا عظيم، اغفرلي الذنب العظيم، فانه لا يغفر الذنب العظيم الا العظيم
لا تحزن


Friday, 16 March 2012

Dream High or Dream Too High....?

I've experienced both, I dream high and sometimes I dreamed too high.....

Bila aku Dream High, aku rasa ada target yang perlu aku capai dan aku akan usahakan supaya apa yang aku impikan dapat aku realisasikan. Tapi, ada ketikanya aku dream too high sehingga terlupa bumi yang aku pijak. Sehingga apabila terhempas jatuh, bukan sakit yang aku rasa tapi remuk berkecai....

Kadang-kadang banyak sangat pelangi yang aku nampak macam mampu aku capai. Tapi, itulah yang terjadi bila lupa yang pelangi indah untuk dinikmati bukan untuk digenggam. Ntah apa yang aku merapikkan ni aku pun tak faham....

Vulnerable....I am
 Ada satu lagu yang aku suka, lebih kurang mcm ni kot lirik dia...:-
"I believe I can fly, I believe I can touch the sky, I dream about it every night and day, spread my wings and fly away…"

I love this song.... It makes me strong. It reminds me that nothing impossible. And I believe that I can do better and can be better than who I am...

Monday, 12 March 2012

Kenapa Eagle, Kenapa The Nest

"Eagle...No Fear" OR "Eagle....Fly Alone"

Petang tadi aku berborak-borak dengan Helangmerah. Tentang suatu kebetulan yang ada antara kitaorg. Kebetulannya, adalah Si Helang aka Eagle yang kitaorg obseskan sangat ni.

Kenapa aku obses dengan Eagle? Bermula 1996, di UTM Skudai dulu. Ada sesuatu di dalam mata Eagle yang sangat menarik perhatianku. Pada mulanya, aku hanya minat kepada kehebatan ia terbang membelah langit biru. Tampak sangat gah dan hebat setiap kali ia memburu mangsanya. Punya obses, aku lukis gambar Eagle dan tampalkan kat bilik di hostel. Walaupun tak hebat, tapi aku bangga sebab dapat feel masa lukis Eagle tu. Siap ada tagline lagi masa tu, "EAGLE...NO FEAR".

Lama kelamaan baru aku realized yang Eagle dan aku sebenarnya ada persamaan yang lain. Bukan dari segi kehebatannya membelah langit biru itu tetapi sebenarnya lebih kepada 'lonely'. Sebab aku susah dapat kawan yang memahami. Ramai yang mengutuk daripada yang ikhlas. Dan sehingga kini, memang itulah persamaan aku dan Eagle, Fly Alone.

Dan The Nest...? Ia tempat aku melabuhkan seribu satu rasa setelah seharian aku lalui hidup yang tak aku rencanakan. Di The Nest tempat kurenungkan hari esok yang entah bagaimana laluannya. Well, sesuatu yang nampak sangat hebat di satu sudut, tetapi kita terlupa di satu sudut yang lain, sebenarnya ada sesuatu yang fragile di sebalik sepasang mata yang garang itu.....

Ramai yang meletakkan Eagle sebagai pemangsa berbanding memahami kesunyiannya.

Friday, 9 March 2012

Menjangkakan Sesuatu Di Luar Jangkaan

Sebagai orang biasa, kita selalu harapkan yang terbaik dan terindah berlaku di dalam hidup kita. Kebiasaannya kita tidak meletakkan sesuatu di luar jangkaan. Mungkin kerana tidak mahu memberatkan kepala dengan sesuatu yang kurang enak atau sebenarnya cuba menidakkan sebarang perkara di luar jangkaan itu, sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak atau kurang enak.

Bagi aku, banyak benar perkara di luar jangkaan yang telah berlaku. Sehinggakan aku sendiri pun tak pasti ia mimpi atau fantasi sebenarnya.....