I Am ME

I Am ME

Monday, 24 February 2014

Menarik rambut dalam tepung

Menarik rambut dalam tepung....payah, susah dan perlukan sabar. Dalam semua benda, sabar itu yg paling mencabar bg aku. Patutlah ganjaran Allah amat hebat untuk mereka yg sabar. Adik beradik sabar ialah ikhlas. Pun payah. Senang nak ucap tp hakikat....AMAT payah.

Dah beberapa minggu ni aku mmg hilang punca sebab tak mampu buat 2 perkara yg sangat senang disebut tadi. Kenapa? Kerana mendidik anak tidak sama menjaga anak. Kalau setakat jaga, sapa2 boleh buat. Tapi nak didik jadi seorg mukmin? MasyaAllah....... Berkali-kali aku cuba beristighfar dan mengurut dada, namun tewas. Wajah anak yg tak berdosa itu tak mampu memadam api amarah yg membuak2. Aku tak mampu memimpin tangan kecil itu dgn cara yg sepatutnya. Paling menakutkan aku, mereka akan membesar dengan api dendam terhadap aku, ibunya.

Sementelah lagi bila terbaca pasal kes parents pukul anak kat Sweden tu. Apa yg tersembunyi tidak perlu dikorek kerana ia mungkin melibatkan aib mana-mana pihak. Yg penting, bila aku baca kes tu, aku ternampak berdiri di situ seorg ibu yg berhadapan dengan seorg kanak2 yg sgt byk ragam. Sgt mencabar sifat keibuan dan juga sengaja mencipta keadaan yg boleh membangkitkan stress pd ibu. Situasi yg aku hadapi hari2. 3 anak, 3 jenis perangai. Diaorg mmg aim perhatian parents setelah seharian kena tinggal kat nursey/baby sitter. Pd parents, kita nak diaorg paham yg kita keluar cari rezeki utk diorg dan sgt penat slps seharian stress dgn #ntahapaapantah requirements kat opis. Jd, merujuk kes tadi, bila si anak kata ibubapa dia buat dia seperti hamba, aku tumpang luluh hati. Aku makin rapuh, tak dapat tahan airmata. Mcmana dgn anak2 aku? Apa yg mereka rasa? Aku pernah nampak pandangan marah seorg anak yg rasa disisihkan...pernah juga dengar komplen si anak yg kata aku berat sebelah...pernah juga diugut ingin lari sahaja dari rumah sebab aku tak sayang. Allah...bantulah aku. Aku tak mampu untuk memimpin mereka tanpa pertolongan-Mu ya Allah.

 Apa yg anak2 suarakan, kdg2 aku tak ambil pusing. Salah aku. Mereka cuba beritahu, tapi aku anggap remeh. Salah aku. Mereka cuba bermanja, tapi aku kata tak perlu sebab aku byk hal perlu diuruskan. Salah aku. Mereka dtg merujuk apa yg mereka musykilkan, aku kata jgn merepek. Salah aku. Ya betul, byk sangat salah aku. Salah aku sebenarnya. SALAH aku.

Untuk kawan2 yg pernah sudi mendengar, terima kasih. Pd yg menasihati, terima kasih. Harapan aku, semoga belum terlambat utk aku perbetulkan segalanya. 

Maafkan Mama.

No comments:

Post a Comment