I Am ME

I Am ME

Thursday, 7 November 2013

My 1st Trip - Ladies Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 1)

Bismillah.

So, baru berkesempatanlah I nak update my 1st trip nih. Huhuhu....sesuatu yang tidak dirancang rapi pun, tetiba set-up with mommies yang mencari ruang untuk diri sendiri konon-kononnya! Hahaha.

Alkisah masa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kami buat small gathering di rumah Ida since tu port paling senang nak berkumpul sebab open house rumah dia mmg dibuat on 2nd day raya, every year. Bila dah jumpa, mana pernah cukup masa. So, we all buat another appointment next day, strictly ladies only. Tak nak ada anak2 merengek atau buat hal masa tengah borak or gossiping gittew.
1st gathering during 2nd day Aidilfitri 2013
Masa 2nd gathering tu ler tetiba timbul cerita nak buat ladies trip. First place proposed is Bandung tapi tetiba changed to Ho Chi Minh City (HCM). Niat, mestilah untuk shopping purposes. Masa mula2, geng yang mula2 setuju ialah Ida, Rohaizan dan Cik Su. Linn pulak 50-50 tapi dah confirmed dia akan ikut. Aku tak berani commit since aku tak pernah pulak terfikir akan travel solo without family! Hmmm...ntah daripada mana datang semangat, aku rasa nak sangat ikut ladies trip ni. So, dengan confident, mintak izin nak join this trip lah. Jawapan : Diam... (errkkk...mcmana ni?). 2nd time tanya, jawapan: Diam (lagi???) Okay, 3rd time tak tanya tapi buat statement yg I akan pegi ikut trip ni, cuma tengah usahakan nak cari sape yg nak jaga kiddos tu. Titik. Haaa....gitulah bermulanya semua ni (dengan izin Allah surely).



On 2nd gathering. From left: Dr Zalina, SY, Linn, Cik Su, Rohaizan & Ida
Bila dah dapat green light, masa utk confirm participants lah. Rohaizan tetiba lak takleh join (personal reason), while Ida, Cik Su & Linn still stick pada plan. Kawan Ida, cikgu sekolah yg sama dia mengajar nak ikut. We all okay jer. So, Cik Su yang buat semua; booked flight ticket, booked hotel...we all bagi idea and suggestions shj. Mmg bab2 bg advice, giler bagus! LOL. Dalam duk menunggu hari tiba tu, tetiba lak Linn tarik diri. Atas sebab2 personal jugak. Tiket, hotel, agent utk Delta Mekong visit semua dah booked....tapi apa nak buat, takkan nak paksa2. So, we all teruskan niat yang dah tertanam tu dengan 4 orang sahaja yg pergi ladies trip kali ni.

(to be continued in Part 2)






Saturday, 14 September 2013

Long Weekend With Kiddos

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

This week, long weekend aku dgn kiddos. Utk mengurangkan tekanan bila berada di rumah kat Melaka, aku decide g Denai Alam utk melawat anak buah baru, Muhammad Fahim. Lahir sehari awal daripada tarikh lahir Awatif Najihah. Plan hari Ahad (esok) pulak kawan masa sekolah Maahad dulu nak buat small gathering, kat Keramat. Hmmm best kan?

So, ini anak buah baru, kecik je, baru 3kg masa lahir. Anak2 seronok bila datang umah sepupu diaorg sebab dpt main dgn org lain selain adik beradik yg kononnya dah jemu duk hadap muka dan gaduh hari2. Tulah budak2, besok2 bila masing2 dah jauh baru tahu cari adik beradik. So, aktiviti hari Sabtu ni diaorg main basikal, gi taman, main games dan tgk tv. Aku pulak boleh dengan tenangnya memulakan projek yg dah lama terbengkalai, baca novel yg dah 2 bulan lebih dah beli...tp x sempat2 nk start.
Ahha...tu dia, ntah pasal apa lah pulak cerita kali ni. Baseball? Hmmm..pepandai ler nak memahamkan nanti... Gud luck to me.

Mak mertua aku keluar dgn abang ipar, gi Shah Alam. Lepas tension kot, penat jaga org dlm pantang. Aku duk tunggu dia balik ni. Sebab tak tahu nak masak apa. Tak reti nak start bila duk umah org. Kalau umah aku, senang cerita, dah buat lauk ikan masak kicap je! Hahaha.

Ok, sambung esok pulak, cerita aku gi ke Keramat lak. Tak tahulah camne journey esok, nak gi cari umah kawan aku sensorang (kalau anak2 tanak ikut). Pulak tu, kawan aku tu suruh aku tolong masak laksam lak tu! Adeh, aku bukan pandai pun, try and error boleh lah. Harap2 plan esok menjadi. Can't wait to see them.

Wassalam.



Sunday, 30 June 2013

Dhaifnya aku

Hmmm rasanya setiap daripada kita selalu memandang org lain dengan kaca mata kasar kita. Selalu terbit daripada mulut kita betapa bertuahnya si polan itu. Betapa kita selalu nampak indahnya hidup si polan ini kerana segala yg terzahir yg kita nilai dgn mata kasar sahaja. Dan kerana itu kita lupa betapa bertuahnya kita sebenarnya. 

Kita memilih untuk tidak berpuashati dengan setiap kurniaan yg kita nikmati. Padahal Dia telah memberi secukupnya apa yg kita perlukan.

Kita memilih untuk membuktikan betapa hebat bagusnya kita di mata manusia, padahal kita hanya perlukan rahmat dan kasih sayangNya. Kita memilih untuk mengadu pada manusia, padahal Dia lah yg selalu menunggu keluh kesah kita. Betapa dhaifnya aku kerana akulah 'kita' itu.

Wednesday, 26 June 2013

Jadikan aku insan yang lebih baik

Wahai Tuhan, banyak dosaku padaMu. Ampunkan aku, berikanku kesabaran dalam menjaga amanahMu ya Allah. Aamin.


The Nest
Bismillah.. 
Kali ni rasa nak membebel, tak pasti untuk sape. Rasa penat dan stress banget gitu. Ntahlah...kadang2 rasa macam kena rasuk je aku ni kalau melayan 3 kerenah yang sangat menguji kesabaran aku yg senipis kulit bawang je ni. Stress amat especially balik penat2 nak pastikan semua mandi, solat & buat homework. Pastu kena pastikan basuh kain, tak boleh skip...nanti berlambak pulak. Lagilah malas kalau dah collect tu.

Dah tu nak jemur kain sambil ajar homework pulak. Masa ni mmg senang nak menyinga. Mau tak...nak pahamkan apa yg nak ajar, pastu nak pahamkan pulak bebudak ni. Aduiiiiii....mmg terus 'bertukar' lah aku. Bila aku menyinga, tak boleh!

Tu pun komplen tak abis2 lagi kalau rumah tak boleh kemas, anak2 berkelakuan macam2...semua MAK jugak nak dipertanggungjawabkan!!! (Mulalah nak hangin ni). Huh!

Enough with that...(Takleh marah2 sgt sbb kwn aku bgtau last week yg marah2 boleh aktifkan sel kanser katanya. Errkkk....Astaghfirullahal 'azim)

I just hope that I can be better mom. I have three amazing kids, I know that...the fact is I've forgotten about this beautiful fact....

Friday, 21 June 2013

Di Persimpangan...

Bismillah

Hmmm...this time aku nak bercerita pasal pilihan dan situasi apabila berada di persimpangan. Bukan aku yang berada di persimpangan tu buat masa sekarang tetapi dua (di ulangi DUA!) orang yang dekat dengan aku.

Di persimpangan dalam menentukan masa depan diaorang. Walaupun aku sebenarnya dah dapat agak apa pilihan dua2 orang tu, aku rasa mungkin diaorg tak nak sebut dengan pasti. Mungkin takut pilihan tu salah? 

Tapi untuk yg sorang ni, dah jelas dan nyata pilihan dia yang terbaik buat masa ni. Dia memang jenis/bangsa yang begitu. Tak susah nak teka dia nih. Hahaha... Aku gembira dengan apa yg bakal dia pilih (sebenarnya yg dia DAH pilih!!) dan dalam masa yg sama aku sedih dan rasa kehilangan. Sedih betul...tak dapat nak jelaskan. Arghhhhhhh.

Untuk yang seorang lagi pulak, aku rasa dia agak dalam dilema walaupun sebenarnya agak jelas dia akan memilih jalan dan simpang yang sama yg dia pernah lalui. Simpang yang akan membawa dia balik ke tempat dia berada sekarang. Ntahlah, rasanya aku kenal hati dia dan dia mmg begitu. Soft spot dia mudah benar nak kenal....kan? Cakap berdegar2 pun, hati masih lembut!! Hahaha...

Untuk kedua2 kawan aku ni, aku tetap yakin apa sekali pun pilihan yang korang buat sebenarnya dah ditentukan Dia. Dia lebih tahu apa pilihan terbaik. Korang hanya mengikut apa yg telah Dia rancangkan. Jadi, aku doakan yg terbaik buat korang yg aku paling sayang nih.

Jangan lupakan aku ye darls!

 

Friday, 8 March 2013

MAAF...

Maaf,
Aku bukan nur itu,
Aku bukan wangian itu,
Aku bukan hiasan itu...

Maaf,
Indah warna itu bukan aku,
Gemerlap permata itu bukan dari mataku,
Derai hilai itu bukan dari damai hatiku...

Maaf,
Harus aku tukar hala ke kelam sana,
Kerana kaca di sana itu aku,
Hamis menusuk itu peraduanku,
Darah dan nanah itu sambungan nyawaku...

Maaf,
Untuk segalanya,
Langkahku akan terus ke sana,
Maaf untuk segalanya.

The Nest, all i have

TITIK.

Thursday, 17 January 2013

Benarlah begitu...

Hmmm...menyampah pulak bila ada org yg asyik duk dabik dada sendiri dan asyik menjatuhkan air muka org yg lebih rendah daripada mereka. Tak perlulah buat begitu kalau hebat sgt sekalipun anda!

Takut2 satu hari nanti, yg dijatuhkan air muka itulah satu2nya org yg menolong kita masa kita pula dijatuhkan!

Wallahu 'alam.