I Am ME

I Am ME

Tuesday, 28 October 2014

Puisi Untuk Aku #1

Kenapa masih berbunga harap
Sedang akarnya sudah lama direntap
Tapak sudah tinggal tanpa jejak
Udara keliling pun sudah hapak

Kenapa kau biar diri jadi gagak
Padahal kau helang terbang tegak
Bangkit diri, langkah tegap-tegap
Takdir itu sudah terpasak

Lepas duka, pergi jauh
Senyum cinta, jgn mengeluh
Belum tahu jln ini brp jauh
Kejar yang pasti, walau bermandi peluh

Saturday, 25 October 2014

Puisi Untukmu #2

Setiap langkah kuderap
Seribu kenanganmu menghambat
Senyummu yg menjerat
Membunuhku setiap saat

Bertatih aku mencari kuat
Untuk kulangkah di hari hadap
Walau tempang tetap kucuba tegak
Walau jerih tetapku senyum kelat

-SY-

Puisi untukmu #1

Selalu kupesan
Jgn sakiti aku
Masih lagi kau robek remuk
Sampai hati mu

Selalu aku ulang
Berkata benar walau sukar kutelan
Masih lagi kau cerita wayang
Walau nampak terang
Sampai hatimu

Selalu aku tersungkur
Dalam pencarian yg kabur
Berharap biar ia terkubur
Bersama hati yg lebur

-aku-

Friday, 24 October 2014

Another 1 month to go...

Sekiranya dipanjangkan umur aku, 26/11 aku akan bertolak ke Osaka, Jepun untuk 2nd Ladies Trip bg tahun 2014. 5/12 pulak InsyaAllah akan berlepas ke Qatar bersama anak2. Itu perancangannya.

Kekadang terfikir, andai umur tak panjang, maka segala yg kita rancangkan hanya tinggal debu. Semoga umur masih ada untuk kuperbaiki dan betulkan apa yg salah selama ini.

Wednesday, 22 October 2014

Dinner 2014 - Masquerade

Tahun ni aku berbalik ke zaman asal dulu2...zaman sblm aku baik dgn Mun. Aku prepare for dinner alone.

Back to dulu2 yg mana aku tak kalut dgn cari baju atau mask ke apa2 ntah.

Makeup pun aku chose org sama sbb dia perempuan, tak cukur kening dan faham kehendak aku. 

Tahun ni Liz taknak make up. So, aku rasa preparation is mmg ala kadar. Cukup dgn make up yg kena dgn tema lah. Aku taknak pakai mask. Rimas. Cukup kehadiran utk tunjuk sokongan kan?

So, anak2 ku angkut ke hotel. Takde sapa nak jaga. Kesian diaorg. Rasa bosan duk tgk aku bersiap. Aduii stress mak andam sbb anak aku dum tarik baju dan renyukkan tudung aku. Jeles nampaknya budak2 tu sbb mak dia melaram lebih...hahaha.

So, sudahnya dinner tu as expected mmg takde apa yg menarik. Makanan ok. Persembahan pun ok lah sbb takde yg melalut2... Jam 10.30pm si Hasif dah call, melalak2 ckp bosan duk bilik. Alamak, sedihnya...so dinner yg 'nothing' tu aku tamatkan awal. No photo sessions with friends...kids more important. Auww rasa mithali pulak.

The only thing made me happy that night was Liz and me were seated at same table. Huhuhu








Thursday, 28 August 2014

Kenapa dengan blog aku ni????

Aduiii stress mak tengok rupa setiap post yg ada kat blog ni. Dah kenapa semua post aku gbr tak de? Mcm ada tp xde gbr apa2 utk di preview. Haishhh sakit pulak hati aku ni. Dah cuba tanya Rizal, Group IT kat company aku ni ha, tp mcm tak dpt kesan apa masalah dia nyer...

Nasib badan ler Tipah oiiii....

Monday, 25 August 2014

Hujung Raya & Urusan Ke Qatar

Semalam hari minggu terakhir dalam bulan Syawal 1435H. Dua majlis aku attend dengan anak2. Full day semalam penuh jadual aku.

Half day morning tu, aku gi settle urusan pasport anak2 utk submit ke Qatar Govt. Hajatnya nak settle masa Raya Aidiladha nanti, tapi nampak gaya nak kena submit sekarang sbb form utk apply Residential Permit (RP) tu dah submit. Huhuhu, huru hara sepagi di Imigresen UTC semalam. Nasib baik pegawai ramah je. Plus, ada sorang budak tu, manis je senyum, muka iras Fizo Omar. Wah!

Since urusan kat imigresen cepat drpd biasa, hanya sejam je dah siap, so aku ambik kesempatan g tukar IC terus. Semua urusan siap 1.45pm. Drpd UTC tu terus ke kenduri Nisa, x-staff Contract-Selia. Hmmm...anak2 dah start tanya bila nk balik umah sbb dah penat. Haishhhh!

Pegi kenduri tu relaks gak lah sebab 2.30pm org dah start kurang. Makan pun tak rushing. Anak2 pun tak stress sbb majlis kat dewan. Aku pekena nasi arab dgn kari daging, mmmm.. best lah pulak. So, dah kenyang and bergambar gediks apa yg patut, gerak ke umah staff Contract-Selia wat open house lak. Perut tgh sebu, tgk2 makanan pun sedap2 gak weh. Adeh, tapi aku melantak pengat labu (siap tambah) dgn ubi kayu rebus dgn sambal ikan bilis! Tersandar beb...mcm malas nak bgn utk balik. Sib baik tak ambil bantal dan lelap terus. Hahaha...

Balik tu dah tak larat, tapi tahankan jugak sebab umah tak sempat kemas pagi sebelum keluar. So, mintak anak2 jemaah kemas apa yg patut. Mulut bising toksah cerita lah. Stress anak aku dibuatnya. Hahaha... Diaorg nak taknak kena buat ler apa yg aku suruh sblm aku bertukar menjadi singa! 

Chow!