I Am ME

I Am ME

Wednesday 12 December 2012

Don't Give Up!
Bismillahirrahmanirrahim.....

Hmmm....nak bebel pasal apa ek? Actually not exactly membebel tapi nak menyedapkan perasaan sendiri sahaja. Well, sesetengah benda tak dapat nak diluahkan kat orang sekeliling walaupun to close friends. Ada beberapa perangai 'hodoh' aku yang susah aku nak buang walaupun dah puas cuba utk tangani. Salah satunya, suka sangat nak pikir terlampau jauh sampai selalu bad mood. Bak kata omputih: I think too much and then put myself in a BAD MOOD.

Last week, mood aku paling hampeh. Since November takdelah sehampeh ni. Alahai, nak wat camne...sampai hilang selera makan. Ntah apa ntah ler yang aku pikir sampai macam tu skali ler jadiknya.

Hari ni lak, tiba-tiba cloudy dah jadi sunny day lak. Rasa better tapi still selera tak capai piawaian sepatutnya. Baru dapat mood yang sepatutnya utk sambung kerja yg terbengkalai dengan semangat yang berbaki ni. Maklumlah, nak dapat boss dah by Jan-13 nnt. Haishhh...tak sabar pun ada. Harap kurang bebanan tanggungjawab jaga department ni. Sekurang-kurangnya tidur pun takde lah sampai dpt nightmare nampak muka AT! Phewww...

Apa-apapun, ada gak gabra bila pikir acting allowance yang secoet tu nak kena tarik balik. Walaupun sikit, dah terbiasa almost 2 years duk ada yg secoet tu, terasa jugak....hehehe. Tapi rezeki itu ada di mana2. Yang berkat dan halal akan sentiasa cukup. Berharap dan berserah pada Dia.

Ok, itu je utk kali ni. Next, teruskan buat report ler...apa lagi!! Tadddaaaa....

Saturday 8 December 2012

Hampir penghujung.....belum akhirnya

Helang & Me

RD & Me

Liz, Helang & Me (3 Stoogers)


Hmmm.....nampak macam tajuk novel pulak. Sebenarnya aku tiba-tiba teringat yang tahun ini sudah sampai penghujungnya. Tapi, masih berbaki dan belum berakhir. Maksudnya untuk wrap up tu belum sampai masanya.

Apa-apapun, sedikit sebanyak aku sudah nampak yang mana lagi banyak yang ada dalam hidupku, samada lebih banyak tawa atau duka. Itu terpulang atas cara aku menilai samada apa yang berlaku ke atas aku itu baik suka atau duka sebenarnya cara penerimaan samada positif atau negatif. Aku bukan kanak-kanak lagi, tetapi childish itu tetap sebahagian daripada aku.

Di hujung-hujung ni jugaklah aku rasa makin sepi dan sunyi. Ada beberapa sebab untuk aku rasa begitu. Walaupun seminggu dua sebelum ni aku cuba ceriakan hidup aku dengan menghadiahkan diri sendiri beberapa benda, namun tidak semuanya mampu dibayar dengan kebendaan. Timbul jugak rasa sunyi itu. Untuk kawan aku Helang yang akan meninggalkan aku nanti, aku sebetulnya sangat sedih dengan berita kau akan pindah by January 2013. Tapi itu lumrah, cuma cara kita mengingati sesama kita dan mengingati segala memori kita sahaja yang dapat meneruskan persahabatan kita. Aku memang tak ramai kawan, sebabnya pun aku tak pasti. Cuma aku bukan favorite kebanyakan orang. Orang menyampah dengan cara aku kot! Tapi, aku tumpang gembira bila Helang dpt tinggal dengan family dia di rumah baru nnt. (Helang; dah ada nama ke utk your house tu? Jangan ambik The Nest! I jeles and tak bagi! Noktah. *wink)

Selain Helang, nasib baik Liz tak jadi transfer ke subsidiary company. Kalau tak, sekaligus dua org yang hilang sekelip mata. Tahun depan (dalam tempoh tak sampai 3 minggu) jugak aku akhirnya akan melepaskan secara rasmi jawatan yang aku pangku selama ni. Since Aug-10 aku memangku jawatan Acting Head of Contract, finally tiba masa utk aku lepaskan kepada mereka yang lebih layak. Masa ni aku teringat pada RD, BZ dan Eagle yang beria-ria kata aku layak walhal diaorg tau sebenarnya keupayaan aku tak sampai sejengkal pun. Kesian diaorg....bukan main lagi menegakkan benang basah. Utk RD, BZ dan Eagle, aku terhutang budi dengan kalian untuk peluang yang tak pernah aku terfikir ni. Takkan aku senang-senang dapat kalau bukan kerana korang. Lagi satu, walaupun situasi selalu buat aku sesak nafas dan acting allowance hanyalah seciput, sekurang-kurangnya aku dapat rasa untuk tempoh 2 tahun lebih pengalaman di dlm management team.

Untuk semua yang menghiasi warna warni hidup aku sepanjang 2012 ini, terima kasih dan jangan serik dengan aku. Kalian adalah orang-orang yang berharga dalam hidup aku. Thank you to all of you.


Friday 10 August 2012

Ramadhan 2012

Ya Allah…pejam celik pejam celik dah 21 hari kita berpuasa. Sekejap sangat bertemu denganmu wahai Ramadhan. Entah apa yang sempat aku kutip daripada kekayaan dan isimu.

Sungguh dhaif nya aku. Rasa kejahilan sangat tebal. Dugaannya, kerja bertimbun dan mcm tak berenti2 bertimpa2…maka dengan itu aku lalai. Sedangkan tak lama lagi Ramadhan akan pergi. Entah2 ini pertemuan kita yg terakhir.

Aku bukan alim ulamak. Tapi aku suka mengingatkan diri sendiri yg selalu lalai ni. Aku ingin menjadi yg lebih baik. Amin.

Thursday 19 July 2012

Sape yg lagi sibuk nak beraya...?

Errr…sebenarnya soalan ni utk aku. Sebab dlm duk berkira2 tak akan ada baju raya utk diri sendiri, tetiba lak dah jadi ada 3 pasang. Huhuhu.

Konon2nya dah niat dah pun nak beli utk anak2 je. Tapi, disebabkan memenuhi permintaan anak2 nak pakai theme purple first raya tu, so aku 'gagahkan' jugak beli sepasang baju. Kebetulan pulak masa dinner hari tu, ada beli sepasang dress, maka tunpun akan jadi baju raya gak. Pastu, masa order baju purple hari tu lak, nampak satu blouse with skirt ni, mcm sesuai pulak wat gi keje....so, terus tambah dalam order tu.

Macam tu lah ceritanya, tetiba jadi terlebih daripada anggaran. Next week lak nak kena gi cari baju anak2. Kiranya utk aku dah siap dulu lah gayanya.... Hehehe, selalu pun camtu gak.

3rd week puasa lak nak kena tukar duit raya. Pastu service kete, nak jalan jauh. Sigh… ($$$$$$$$)

Pe2 pun, harap aku tak lupa, ada yg lebih memerlukan. Semoga aku ingat utk bersedekah kepada yg memerlukan. Semoga aku juga lebih bersyukur dgn rahmatnya. Amin.

(p/s : Handbag tu ntah bila boleh beli ni? Theme purple tu mcm kena sgt arrr…. Errkkkk…?)

Stress giler babas

Beberapa minggu ni rasa sangat sibuk dengan bermacam2 urusan kerja rasmi dan separa rasmi.

Sepanjang itu jugaklah rasa macam anak2 aku terabai. Ditambah pulak dengan masalah maid yg nak balik teruslah…macam2 hal.

Mungkin disebabkan dah beberapa minggu menahan sesak dgn berbagai cubaan dan dugaan, maka hari ini aku tidak dapat menahan sebak bila balik dari ofis tadi jam 10.30pm bila tengok anak2 masing2 dah berbekas sebab gaduh sama2 sendiri.

Aku salahkan diri dan rasa aku gagal sebagai penjaga mereka. Tetiba pulak rasa, apalah yg aku buat ni? Kerja sehingga anak2 terabai?!! Untuk Danish, Awatif dan Hasif; maafkan mama. Mama tak dapat lelapkan mata atas apa yg berlaku.

Since aku tak boleh tidur, aku belek2 quotes yg aku copy drpd FB kwn2. Nasib baiklah terjumpa doa ni. Semoga Allah permudahkan segala. Semoga hati aku tetap pada-Nya. Amin.

Saturday 19 May 2012

Attitude

"When it rains, all birds fly for shelter. But eagles avoided rain by flying above the clouds. Problem is common to all, but ATTITUDE makes the difference"
I've copied this status from a friend's wall. Thank you Zan. I agree with this...
Soal attitude ni memang tak ada siapa yang dapat tolong kecuali diri sendiri. Jadi, peringatan untuk diri aku yang lemah ni, berubahlah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.....

Saturday 14 April 2012

Cara Kita Selalu Fikir & Yg Sepatutnya Kita Fikir

2 minggu ni, aku banyak nak kena keluarkan duit. Bermula drpd 2/4/12, cermin pecah sebab kena batu yg lori bawak. Melayang sembilan rat kat situ, tambah lagi satu rat untuk tinted. Phewwww…satu rib total tu beb...

Pastu, semalam ada lak sorang mamat ni keluar parking, dengan gelojohnya dia langgar keta aku. Kena bumper, tak kemek tapi kena sembur cat gak. Tak pasal2 nak melayang lagi dua rat lah gayanya tu.... Aku mintak seratus setengah, tp dia mintak diskaun satu rat je dgn alasan dia belajau lagi.... Aku tak sampai hati, terima je lah satu rat tu. Lagipun aku takut sebenarnya, takut ada geng2 dia follow lak nanti. Ntah bila lak tu nak gi dptkan quotation spray cat tu.

Pastu hari ni, kete nak kena service lak. Service yg biasa je tapi tetiba lak brake pad dah haus la pulak! Adoyaiiiii!!!! Lomah den. Katanya dalam tiga rat lebih gak tu...

Tapi aku anggap tu rencah hidup je la kan. Yang aku nak luahkan kat sini bukan keluh kesah aku tu tapi cara org sekeliling kita selalu fikir tentang apa musibah yg menimpa kita.

Contohnya, daripada rentetan dua kejadian yg berlaku pada kete aku tu, seorg hamba Allah ni kata kat aku yg itu adalah kifarat dosa aku dan sorang lagi kata ia berlaku sebab mungkin aku ada nazar yg tak tertunai.

Aku kata pada salah seorangnya, pada masa rezeki aku melimpah ruah dan aku dapat kesenangan, tak ada seorg pun yg kata aku banyak buat pahala. Tapi bila ada musibah, macam-macam versi pulak yg diaorg create. Tapi aku tak ambik hati cuma agak kesal apabila org ditimpa musibah, kita bukan bagi sokongan moral malah dihenyak lagi dengan macam-macam andaian.

Tak apalah, semoga hati aku tenang dalam menghadapi semua ni. Nasib baik ada The Nest, dpt jugak aku berlabuh kat sini sebentar melepaskan segala yang terbuku.

Ya Allah, kepadaMu kuserahkan segalanya.

Tuesday 3 April 2012

Jom baca novel-The Lost Symbol

Buku ni dah published since 2009 tapi aku baru beli 25/03/12. Dan hari ni je baru nak start baca pun.

Kalau ikutkan, tak pernah baca karya Dan Brown ni tapi tengokkan sinopsis macam menarik. Nanti tengoklah hasilnya ek.

Selalunya, ambik masa banyak minggu jugak ni baru boleh habis.

Couple weeks ago, baru lepas habiskan novel Pelican Brief karya John Grisham. Best. Tapi tu yang paling lama nak ambik masa nak abiskan sebab latarbelakang cerita masa mula2 tu agak susah aku nak dapat feelnya. Dah lepas 3-4 bab tu baru dapat digest....hehehehe.
Pelican Brief ni dah agak klasik sbb usianya dah agak lama. Kulitnya pun dah lunyai dek dimakan usia.

Apa-apapun selamat membaca. Erkkkk....baru nak start baca, anak dah tanya homework daaaaaa....... Memang selamatlah jawabnya!

Thursday 29 March 2012

Tukar sekolah la pulak.....

Demi kebaikan anak-anak dan kemudahan pada situasi yang tak terjangka, aku nekad tukar sekolah anak-anak ke kawasan yang dekat dengan rumah. Arrangekan jugak van yang ambik dan hantar. Bukan aku nak lepaskan tanggungjawab tapi bagi persediaan untuk masa-masa yang tak terjangka kena attend meeting atau seminar luar daerah.

Rasa bersalah tu ada. Rasa bersalah bila ada yang compare prestasi sekolah. Tapi sebenarnya, mana-mana sekolah tu bukan isu sebab kemahuan dan dorongan itu yang penting. (pujuk diri sendiri la pulak...)

Yang pastinya, nak memuaskan dan memenuhi tuntutan permata hati pengarang jantung ni memang tak akan dapat sampai bila-bila lah jawabnya. Diaorg ni memang kreatif dalam memikirkan next action plan, apa lagi yang kawan ada tapi diaorg takde, apa nak buat this weekend.....bla...bla...bla... Mama dia pulak, dengan kreatifnya akan divert selagi mampu ler...sampai satu tahap kesian pulak dengan diaorg ni. 

Takpe, lama-lama nanti diaorg pun akan faham jugak situasi dan dilema mama dia ni....hehehehe. Erkkk.. untuk anak-anak mama, bagi mama masa untuk jadi ibu idaman uoll.

My dearest


Wednesday 28 March 2012

Never say goodbye.....

Untuk Kenang-kenangan

Hari ni ada satu function yang diaturkan untuk majlis perpisahan. Tapi lebih elok untuk digantikan dengan perkataan Majlis Penghargaan sebenarnya sebab ia lebih kepada memberi penghormatan di atas jasa-jasa Eagle kepada management team dan semua yang berada di dalam kompeni ni. Itu hakikatnya, seeloknya jangan kata 'goodbye' tapi 'see you again'. Silaturrahim tak akan putus.

Sekitar majlis ni, adalah sempat aku snap photo utk kenangan. Who knows, maybe lepas ni dah tak ada peluang untuk berjumpa lagi…

Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan dan ada ruang untuk kita bertemu lagi…insyaAllah

Last speech as CEO
GMO bagi ucapan penghargaan
GMO buat lawak pasal Hj Razak....gelak besau
Ni ambik kesempatan nak posing gak.....
Khusyuk ke atau duk pikir bila blh mkn ni?...
Rambut sepesen la pulak Azizul, Hj Razak & Zulhilmi