I Am ME

I Am ME

Wednesday 12 December 2012

Don't Give Up!
Bismillahirrahmanirrahim.....

Hmmm....nak bebel pasal apa ek? Actually not exactly membebel tapi nak menyedapkan perasaan sendiri sahaja. Well, sesetengah benda tak dapat nak diluahkan kat orang sekeliling walaupun to close friends. Ada beberapa perangai 'hodoh' aku yang susah aku nak buang walaupun dah puas cuba utk tangani. Salah satunya, suka sangat nak pikir terlampau jauh sampai selalu bad mood. Bak kata omputih: I think too much and then put myself in a BAD MOOD.

Last week, mood aku paling hampeh. Since November takdelah sehampeh ni. Alahai, nak wat camne...sampai hilang selera makan. Ntah apa ntah ler yang aku pikir sampai macam tu skali ler jadiknya.

Hari ni lak, tiba-tiba cloudy dah jadi sunny day lak. Rasa better tapi still selera tak capai piawaian sepatutnya. Baru dapat mood yang sepatutnya utk sambung kerja yg terbengkalai dengan semangat yang berbaki ni. Maklumlah, nak dapat boss dah by Jan-13 nnt. Haishhh...tak sabar pun ada. Harap kurang bebanan tanggungjawab jaga department ni. Sekurang-kurangnya tidur pun takde lah sampai dpt nightmare nampak muka AT! Phewww...

Apa-apapun, ada gak gabra bila pikir acting allowance yang secoet tu nak kena tarik balik. Walaupun sikit, dah terbiasa almost 2 years duk ada yg secoet tu, terasa jugak....hehehe. Tapi rezeki itu ada di mana2. Yang berkat dan halal akan sentiasa cukup. Berharap dan berserah pada Dia.

Ok, itu je utk kali ni. Next, teruskan buat report ler...apa lagi!! Tadddaaaa....

Saturday 8 December 2012

Hampir penghujung.....belum akhirnya

Helang & Me

RD & Me

Liz, Helang & Me (3 Stoogers)


Hmmm.....nampak macam tajuk novel pulak. Sebenarnya aku tiba-tiba teringat yang tahun ini sudah sampai penghujungnya. Tapi, masih berbaki dan belum berakhir. Maksudnya untuk wrap up tu belum sampai masanya.

Apa-apapun, sedikit sebanyak aku sudah nampak yang mana lagi banyak yang ada dalam hidupku, samada lebih banyak tawa atau duka. Itu terpulang atas cara aku menilai samada apa yang berlaku ke atas aku itu baik suka atau duka sebenarnya cara penerimaan samada positif atau negatif. Aku bukan kanak-kanak lagi, tetapi childish itu tetap sebahagian daripada aku.

Di hujung-hujung ni jugaklah aku rasa makin sepi dan sunyi. Ada beberapa sebab untuk aku rasa begitu. Walaupun seminggu dua sebelum ni aku cuba ceriakan hidup aku dengan menghadiahkan diri sendiri beberapa benda, namun tidak semuanya mampu dibayar dengan kebendaan. Timbul jugak rasa sunyi itu. Untuk kawan aku Helang yang akan meninggalkan aku nanti, aku sebetulnya sangat sedih dengan berita kau akan pindah by January 2013. Tapi itu lumrah, cuma cara kita mengingati sesama kita dan mengingati segala memori kita sahaja yang dapat meneruskan persahabatan kita. Aku memang tak ramai kawan, sebabnya pun aku tak pasti. Cuma aku bukan favorite kebanyakan orang. Orang menyampah dengan cara aku kot! Tapi, aku tumpang gembira bila Helang dpt tinggal dengan family dia di rumah baru nnt. (Helang; dah ada nama ke utk your house tu? Jangan ambik The Nest! I jeles and tak bagi! Noktah. *wink)

Selain Helang, nasib baik Liz tak jadi transfer ke subsidiary company. Kalau tak, sekaligus dua org yang hilang sekelip mata. Tahun depan (dalam tempoh tak sampai 3 minggu) jugak aku akhirnya akan melepaskan secara rasmi jawatan yang aku pangku selama ni. Since Aug-10 aku memangku jawatan Acting Head of Contract, finally tiba masa utk aku lepaskan kepada mereka yang lebih layak. Masa ni aku teringat pada RD, BZ dan Eagle yang beria-ria kata aku layak walhal diaorg tau sebenarnya keupayaan aku tak sampai sejengkal pun. Kesian diaorg....bukan main lagi menegakkan benang basah. Utk RD, BZ dan Eagle, aku terhutang budi dengan kalian untuk peluang yang tak pernah aku terfikir ni. Takkan aku senang-senang dapat kalau bukan kerana korang. Lagi satu, walaupun situasi selalu buat aku sesak nafas dan acting allowance hanyalah seciput, sekurang-kurangnya aku dapat rasa untuk tempoh 2 tahun lebih pengalaman di dlm management team.

Untuk semua yang menghiasi warna warni hidup aku sepanjang 2012 ini, terima kasih dan jangan serik dengan aku. Kalian adalah orang-orang yang berharga dalam hidup aku. Thank you to all of you.