I Am ME

I Am ME

Sunday 30 June 2013

Dhaifnya aku

Hmmm rasanya setiap daripada kita selalu memandang org lain dengan kaca mata kasar kita. Selalu terbit daripada mulut kita betapa bertuahnya si polan itu. Betapa kita selalu nampak indahnya hidup si polan ini kerana segala yg terzahir yg kita nilai dgn mata kasar sahaja. Dan kerana itu kita lupa betapa bertuahnya kita sebenarnya. 

Kita memilih untuk tidak berpuashati dengan setiap kurniaan yg kita nikmati. Padahal Dia telah memberi secukupnya apa yg kita perlukan.

Kita memilih untuk membuktikan betapa hebat bagusnya kita di mata manusia, padahal kita hanya perlukan rahmat dan kasih sayangNya. Kita memilih untuk mengadu pada manusia, padahal Dia lah yg selalu menunggu keluh kesah kita. Betapa dhaifnya aku kerana akulah 'kita' itu.

Wednesday 26 June 2013

Jadikan aku insan yang lebih baik

Wahai Tuhan, banyak dosaku padaMu. Ampunkan aku, berikanku kesabaran dalam menjaga amanahMu ya Allah. Aamin.


The Nest
Bismillah.. 
Kali ni rasa nak membebel, tak pasti untuk sape. Rasa penat dan stress banget gitu. Ntahlah...kadang2 rasa macam kena rasuk je aku ni kalau melayan 3 kerenah yang sangat menguji kesabaran aku yg senipis kulit bawang je ni. Stress amat especially balik penat2 nak pastikan semua mandi, solat & buat homework. Pastu kena pastikan basuh kain, tak boleh skip...nanti berlambak pulak. Lagilah malas kalau dah collect tu.

Dah tu nak jemur kain sambil ajar homework pulak. Masa ni mmg senang nak menyinga. Mau tak...nak pahamkan apa yg nak ajar, pastu nak pahamkan pulak bebudak ni. Aduiiiiii....mmg terus 'bertukar' lah aku. Bila aku menyinga, tak boleh!

Tu pun komplen tak abis2 lagi kalau rumah tak boleh kemas, anak2 berkelakuan macam2...semua MAK jugak nak dipertanggungjawabkan!!! (Mulalah nak hangin ni). Huh!

Enough with that...(Takleh marah2 sgt sbb kwn aku bgtau last week yg marah2 boleh aktifkan sel kanser katanya. Errkkk....Astaghfirullahal 'azim)

I just hope that I can be better mom. I have three amazing kids, I know that...the fact is I've forgotten about this beautiful fact....

Friday 21 June 2013

Di Persimpangan...

Bismillah

Hmmm...this time aku nak bercerita pasal pilihan dan situasi apabila berada di persimpangan. Bukan aku yang berada di persimpangan tu buat masa sekarang tetapi dua (di ulangi DUA!) orang yang dekat dengan aku.

Di persimpangan dalam menentukan masa depan diaorang. Walaupun aku sebenarnya dah dapat agak apa pilihan dua2 orang tu, aku rasa mungkin diaorg tak nak sebut dengan pasti. Mungkin takut pilihan tu salah? 

Tapi untuk yg sorang ni, dah jelas dan nyata pilihan dia yang terbaik buat masa ni. Dia memang jenis/bangsa yang begitu. Tak susah nak teka dia nih. Hahaha... Aku gembira dengan apa yg bakal dia pilih (sebenarnya yg dia DAH pilih!!) dan dalam masa yg sama aku sedih dan rasa kehilangan. Sedih betul...tak dapat nak jelaskan. Arghhhhhhh.

Untuk yang seorang lagi pulak, aku rasa dia agak dalam dilema walaupun sebenarnya agak jelas dia akan memilih jalan dan simpang yang sama yg dia pernah lalui. Simpang yang akan membawa dia balik ke tempat dia berada sekarang. Ntahlah, rasanya aku kenal hati dia dan dia mmg begitu. Soft spot dia mudah benar nak kenal....kan? Cakap berdegar2 pun, hati masih lembut!! Hahaha...

Untuk kedua2 kawan aku ni, aku tetap yakin apa sekali pun pilihan yang korang buat sebenarnya dah ditentukan Dia. Dia lebih tahu apa pilihan terbaik. Korang hanya mengikut apa yg telah Dia rancangkan. Jadi, aku doakan yg terbaik buat korang yg aku paling sayang nih.

Jangan lupakan aku ye darls!