I Am ME

I Am ME

Wednesday 5 November 2014

Mencari Sesuap Rezeki

Petang tadi tak larat masak. In fact, dalam minggu ni tak masak pun utk dinner. Asyik beli je.

Tapi bukan soal makan yg nak aku cerita kat sini. Masa gi dinner tu, waiter/tukang angkat pinggan kat kedai mamak tu adalah kawan ngaji anak2 aku. Lelaki, 13 tahun. Setahun lebih tua drpd Danish. Badan dia lebih kurang Danish je.

Aku melihat dgn macam2 perasaan. Budak tu tinggal 1 taman kitaorg, tapi rumah kluster. Jd, aku terpikir, atas sebab apa dia bekerja di situ. Suka2 utk kumpul duit atau mmg dia perlukan duit untuk bekalan hari esok? Ntahlah. 

Jujurnya aku kagum dgn usaha dia. Dalam masa sama, aku tak sampai hati melihat dia mundar mandir bekerja. Tapi, aku pasti dia anak yg tabah. Tak kira sebab seronok atau tidak, dia usaha untuk mencari duit sampingan. Harapan aku, pelajaran dia tak diabaikan. Semoga Allah mempermudahkan urusan dia dan kita semua.

Amin.

Saturday 1 November 2014

Harta akhiratku

Lately, maybe aging factor, aku rasa makin faham apa yg anak2 mahukan daripada aku. Simple, apa yg aku mahukan drpd diaorg itu jugaklah yg diorg mahukan drpd aku. Simple rules. Maka makin aku faham yg tiada yg lebih benar dari satu fakta, parents are the mirrors to their own kids. So, conclusionnya sebelum marah anak, pandang balik ke arah mereka dan ingat balik apa yg kita dah bagi pada mereka.....

Harapan aku, mereka akan sedekahkan bacaan suci itu bila masa aku di singgahan sementara menanti hari pasti.

Ya Allah, berikan kami kehidupan yg lebih baik di 'sana'. Sesungguhnya kami tidak layak meminta itu. Tapi hanya Engkau tempat kami meminta. Amin.

Tuesday 28 October 2014

Puisi Untuk Aku #1

Kenapa masih berbunga harap
Sedang akarnya sudah lama direntap
Tapak sudah tinggal tanpa jejak
Udara keliling pun sudah hapak

Kenapa kau biar diri jadi gagak
Padahal kau helang terbang tegak
Bangkit diri, langkah tegap-tegap
Takdir itu sudah terpasak

Lepas duka, pergi jauh
Senyum cinta, jgn mengeluh
Belum tahu jln ini brp jauh
Kejar yang pasti, walau bermandi peluh

Saturday 25 October 2014

Puisi Untukmu #2

Setiap langkah kuderap
Seribu kenanganmu menghambat
Senyummu yg menjerat
Membunuhku setiap saat

Bertatih aku mencari kuat
Untuk kulangkah di hari hadap
Walau tempang tetap kucuba tegak
Walau jerih tetapku senyum kelat

-SY-

Puisi untukmu #1

Selalu kupesan
Jgn sakiti aku
Masih lagi kau robek remuk
Sampai hati mu

Selalu aku ulang
Berkata benar walau sukar kutelan
Masih lagi kau cerita wayang
Walau nampak terang
Sampai hatimu

Selalu aku tersungkur
Dalam pencarian yg kabur
Berharap biar ia terkubur
Bersama hati yg lebur

-aku-

Friday 24 October 2014

Another 1 month to go...

Sekiranya dipanjangkan umur aku, 26/11 aku akan bertolak ke Osaka, Jepun untuk 2nd Ladies Trip bg tahun 2014. 5/12 pulak InsyaAllah akan berlepas ke Qatar bersama anak2. Itu perancangannya.

Kekadang terfikir, andai umur tak panjang, maka segala yg kita rancangkan hanya tinggal debu. Semoga umur masih ada untuk kuperbaiki dan betulkan apa yg salah selama ini.

Wednesday 22 October 2014

Dinner 2014 - Masquerade

Tahun ni aku berbalik ke zaman asal dulu2...zaman sblm aku baik dgn Mun. Aku prepare for dinner alone.

Back to dulu2 yg mana aku tak kalut dgn cari baju atau mask ke apa2 ntah.

Makeup pun aku chose org sama sbb dia perempuan, tak cukur kening dan faham kehendak aku. 

Tahun ni Liz taknak make up. So, aku rasa preparation is mmg ala kadar. Cukup dgn make up yg kena dgn tema lah. Aku taknak pakai mask. Rimas. Cukup kehadiran utk tunjuk sokongan kan?

So, anak2 ku angkut ke hotel. Takde sapa nak jaga. Kesian diaorg. Rasa bosan duk tgk aku bersiap. Aduii stress mak andam sbb anak aku dum tarik baju dan renyukkan tudung aku. Jeles nampaknya budak2 tu sbb mak dia melaram lebih...hahaha.

So, sudahnya dinner tu as expected mmg takde apa yg menarik. Makanan ok. Persembahan pun ok lah sbb takde yg melalut2... Jam 10.30pm si Hasif dah call, melalak2 ckp bosan duk bilik. Alamak, sedihnya...so dinner yg 'nothing' tu aku tamatkan awal. No photo sessions with friends...kids more important. Auww rasa mithali pulak.

The only thing made me happy that night was Liz and me were seated at same table. Huhuhu