I Am ME

I Am ME

Sunday 30 June 2013

Dhaifnya aku

Hmmm rasanya setiap daripada kita selalu memandang org lain dengan kaca mata kasar kita. Selalu terbit daripada mulut kita betapa bertuahnya si polan itu. Betapa kita selalu nampak indahnya hidup si polan ini kerana segala yg terzahir yg kita nilai dgn mata kasar sahaja. Dan kerana itu kita lupa betapa bertuahnya kita sebenarnya. 

Kita memilih untuk tidak berpuashati dengan setiap kurniaan yg kita nikmati. Padahal Dia telah memberi secukupnya apa yg kita perlukan.

Kita memilih untuk membuktikan betapa hebat bagusnya kita di mata manusia, padahal kita hanya perlukan rahmat dan kasih sayangNya. Kita memilih untuk mengadu pada manusia, padahal Dia lah yg selalu menunggu keluh kesah kita. Betapa dhaifnya aku kerana akulah 'kita' itu.

No comments:

Post a Comment