I Am ME

I Am ME

Wednesday 13 November 2013

My 1st Trip-Ladies Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 2)


Bismillah.

Next chapter is bila kitaorg dah sampai sana. Perkara pertama, check in dulu, and found out kitaorg kena top-up lagi sebab mintak extra bed. Actually masa booked tu dah amik 2 queen beds. Biasalah kalau booked thru online ni mmg camtu. Ada je yg dia mainkan kita. Takpelah, apa nak buat...bayar jelah.

Since bilik belum ready, kitaorg pegilah round dulu. 1st, start dgn Ben Thanh Market. Kat sini kononlah orang kata brg murah2 kan...walking distance je tempatnya. Masuk2 je, ramai penjual yang menegur, offer mcm2 barang. Kami cuba tawar menawar, guess what? Harga tak boleh kurang banyak, setakat RM10-20 shj!! We like, WHAT??? Bila tak jadi beli/stop tawar menawar, kena marah/bebel dlm bahasa diaorg pulak!!! Cis, hangin dibuatnya. Lagi satu, diaorg kebanyakan fasih bahasa melayu. Dlm pasar ni, tak ramai yg muslim, cuma pandai cakap. Bila hampir semua kedai camtu kitaorg kena, mood dah bertukar terus. Dan2 tu jugak masing2 declare taknak dtg lagi dah ke HCM! Tudiaaaaa! Diaorg mmg biadap. For info, kat imigresen diaorg pun sama, langsung tak friendly. Trust me.

Dalam frust2 tu ada jugaklah yg dah beli. Ada 1-2 kedai yg bolehlah kurangkan panas hati kitaorg. Tengok2 dah pukul 4pm lebih. Perut dah berbunyi. So, apa2 pun pegi lunch dulu. Nampak Halal sign, terus pegi lepak situ. Masuk2, takde org pulak kat kedai ni...hmm cuak gak. Lepas order, ternampak gambar seorg lelaki mcm melayu terpampang kat kedai tu. So, aku tanyalah pekerja dia. Katanya itu Malaysian, dari Seremban. Wahhh!!!! Director untuk 2 restoran halal kat sana pulak tu...Alhamdulillah kalau betul itu malaysian. Dan alhamdulillah jugak makanan sedap.

Sedang duk makan tu jugak, kebetulan depan kedai tu ada seorg muslim meniaga telekung (akhirnya beli dgn dia sambil makan2 tu & siap mintak hantar ke hotel petang tu sbb tggu stok corak yg kami nak lambat sgt!) Kul 5pm kitaorg gerak balik ke hotel. Bilik....bolehlah utk wat tido. Lepaskan penat, check WhatsApp (WA), FB etc. Aktiviti malam g night market, sebelah je dgn Ben Thanh Market tadi... Rupanya ada org yg sama drpd market tu keluar meniaga, tapi harga sikit kuranglah drpd waktu siang. Hampeh tul. Hari 1st rasa mcm kena bodohkan je....Aku xde mood nak beli apa2 cuma pilih souvenir dan baju utk anak dara je. Malam tu jugak 1st time jumpa org jual kopi panas & sejuk dengan basikal. Dan kopi dia ohsem giler! Besttttt sgt.



Next day, trip to Mekong. Hmmm...nak kata apa ek psl Mekong ni? Biasa shj sebab menyusuri sungai dah biasa especially kalau dah biasa naik bot kat Melaka. Hahaha.. Cuma bila melawat kampung kraftangan lah aku namakan, dia punya kraftangan yg paling best aku rasa tempurung yg dihiasi dengan kulit telur dan dicat. Cantik sangat. Lagi satu kat Mekong ni yg aku kagum, kaum wanita yang kayuh sampan menyusuri denai. Seorg kena tambang RM3.00. Wanita2 ni dah berumur, pangkat nenek. Mencari sesuap nasi...(mode insaf).

2nd day ni jugaklah kami dah jumpa kedai melayu champa yg meniaga sebelah Ben Thanh Market tu. Kedai siap blh wifi sbb kami nak hantar gambar kat kaum keluarga yg order baju etc. Pulak tu bila dah 2nd day, dpt harga lagi murah drpd semlm...hmmm abislah! Family pun bila dah dpt tgk gambar dan harga pun 3x lebih murah drpd harga Msia, apalagi...tak ingat dunia order. Malam tu kitaorg siap pinjam penimbang utk timbang beg. Bukan apa, nak check brp berat yg boleh tambah lagi! Hahaha. Amekau! Hari ketiga pun pulun abis2an untuk kesekian kalinya...sehingga terpaksa pinjam duit kawan tu... Dan 3rd day tu jugaklah tarik balik kata2 taknak datang balik ke HCM...

Ni lebih kurang nak bgtau benda2 yg kurang enak bila kat sanalah... 
Firstly, masa aku g sana kitaorg dah siap2 tukar duit dong. Sebenarnya baik tak payah tukar duit Dong dia. Guna RM je utk urusan jual beli. Lagi murah. Guna USD pun boleh. Duit dong murah sgt, jadi byr mahal pulak compared to bayar dlm RM. Then lagi satu, kat situ penyeluk poket ramai. Ada geng lelaki yg pegi trip tu, kami kenal masa g Mekong, kena curi handphone oleh bapok! Buat2 peluk, bila kwn tu terkejut, tak sedar, poket depan kena seluk! Pegi repot polis, satu hapa pun tak paham. Kena panggil translator pulak. Kesian brader tu. Tgk muka dia pun takde mood nak berjalan. Diam sepanjang jalan. Hmmm...nasib kami baik sebab takde apa2 yg tak diingini berlaku. Tu serba sedikitlah.. Hah, lagi satu, tpt dia mmg kualiti udara sangat teruk, habuk byk. So, tak elok utk kanak2. Vietnamese mmg pakai mask dan mask2 tu mmg dijual. Macam2 corak pulak tu...

Apa2 pun, since aku tak pernah sampai tpt org, rasa seronok still ada. Apatah lagi tak stress ngan anak2. Huhuhu, maafkan mama kids. (ngeeee)

So, ladies semua balik dgn hepi lah this time. Siap duk pasang angan2 nak buat trip lain pulak.

No comments:

Post a Comment