I Am ME

I Am ME

Saturday 10 March 2012

Yang Indah dan Yang Busuk...

Beberapa minggu ni memang banyak sangat yang hampeh berlaku. Betapa hampehnya, kalau dibandingkan dengan sampah selori pun, apa yang berlaku di sekeliling aku lagi busuk daripada sampah itu.

Sekiranya manusia-manusia yang merasakan mereka hebat dan mampu menongkat langit itu berbangga dengan kekuasaan mereka, maka biarlah mereka dengan taksub mereka itu. Kerana kesedaran itu hanya akan datang bila tiba masanya nanti.

Untuk mereka yang memijak orang lain untuk berdiri lebih tinggi, mungkin dia lupa yang hidup umpama roda. Dia akan berada di bawah juga suatu hari nanti.

Sesungguhnya perjalanan kita seperti di padang pasir. Tak pasti apa yang menanti di hadapan sana. Malah kita sering terpedaya dengan fatamorgana. 

Hari ini aku agak beremosi lebih daripada semalam. Tak cukup dengan segala macam masalah yang dah ada, tetiba diberitahu pulak tentang kemungkinan soal selidik itu.... Memang panas berasap satu badan. 

Nasib baik aku ada Helang, boleh aku mengadu kat dia. Walaupun tak pasti lagi apa yang akan berlaku sebenarnya, aku akan menjangkakan sesuatu yang di luar jangkaan. Expect the worst case scenario.

Tapi kalau Helang jugak terbang mencari destinasi lain, siapa nak aku mengadu nanti. Harap-harap Helang jangan terbang dulu. 

Bercakap pasal Helang, dia memang sempoi kalau dah kenal dengan dia ni. Dulu aku takut dengan dia. Tapi aku respect sangat dengan talent yang dia ada. Sama seperti aku respect kepada seorang lagi yang akan aku namakan 'Eagle' je. Kami ni dahlah anak nombor dua, 2nd child syndrome tu memang ada. Tapi Helang dan Eagle, mereka ada karisma yang tak dapat nak diterjemahkan di sini.

Perjalanan hidup akan diteruskan. Yang pastinya ramai yang kecewa dengan apa yang terjadi. Tapi sebagai manusia yang hina, aku hanya mampu panjatkan doa. Semoga Dia mendengar doa kami.




Ni gambar aku dengan Helang semasa kami ke Karnival KKR. Exact date tak ingat la pulak.






Ni pulak gambar kitaorg dan Eagle The Leader, RD the boss. Pekena nasi arab selepas penat.

Kenangan itu sangat indah......tak akan mungkin dapat dicari ganti seperti kalian.

5 comments:

  1. SY, you angkat I tinggi sangat, malu ler... I biasa2 jer...

    ReplyDelete
  2. By the way, tak nak jadi first follower of blog 'Eagle' ke??
    http://fauziyaakub.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Helangmerah, SY tak biasa puji untuk ambil hati tapi suka memberitahu yang benar sahaja. Kalau u segan, maksudnya u memang merendah diri orangnya.....hahaha

    ReplyDelete
  4. Untuk follow Eagle, I segan. Kalau u follow, I pun followwwwww

    ReplyDelete
  5. huhh...terasa macam sivaji the boss pulokkkk........

    ReplyDelete